Thursday, February 11, 2016

Kisah disebalik nama Tunic Werda Dalela yang bakal dijual 13 Feb 2016.

Assalamualaikum,

Tahu tak 13 Feb 2016 adalah pelancaran tunic Werda Dalela? 
Ini kisah disebalik nama Werda Dalela.




MENGAPA WERDA DALELA?


Dalela kami ambil dari nama anak yatim piatu kami seperti di dalam gambar. Beliau baru berusia 15 tahun dan telah kehilangan kedua ibu bapanya disebabkan kanser. Arwah ibunya seorang jururawat di Saudi dan telah terbiasa hidup berjauhan dengan anaknya. Anak ini sangat merindui ibunya seperti ibunya juga merindui Dalela. Namun ajal maut di tangan Allah. Arwah ibunya pulang ke Malaysia setelah mengetahui penyakin kanser tahap 4. Ibunya dikembalikan kepada anak-anak ini beberapa bulan sebelum menghembuskan nafas terakhir. Belum sempat melupakan kesedihan itu, Dalela ditinggalkan pula oleh Arwah ayahnya yang juga meninggal dunia disebabkan kanser.

Dalela kemudian dijaga oleh ibu saudaranya yang sangat penyayang dan baik hati. Ibu saudaranya pernah kecewa kerana pernah berniat menghantarkan anak kandung mereka ke Akademi Insan Prihatin (sekolah di bawah RPWP) namun syaratnya tidak mencukupi iaitu mesti asnaf atau anak yatim. Kemudian barulah Dalela tiba dalam hidup mereka dan pada mereka, jika anak kandung tidak dapat menikmati pendidikan di AIP, mengapa tidak anak yang layak sebagai anak yatim piatu ini.

Dalela kemudian menjadi rebutan oleh ibu-ibu dan bapa-bapa saudara yang tidak bersetuju dengan penjaganya yang menghantar ke RPWP. Anak ini pernah tertekan sehingga kami terpaksa bataskan lawatan saudara mara mereka atas kemahuan penjaganya. Namun, kami biarkan Dalela membuat keputusan di mana dia akan gembira untuk berada. Tanpa paksaan atau hasutan, Dalela memilih untuk berada di RPWP / AIP selama-lamanya.

Katanya, di RPWP dia dapat semula kasih sayang ibu bapa yang dahulu pernah ada dan pernah hilang. Maka sempena itu, kami namakan tunic pertama kami ini dengan nama WERDA DALELA.

Alfatihah untuk kedua arwah.


Kalau nak cuba fitting percuma di Kg Pandan boleh set appointment dgn saya. Kalau nak set ramai2 di tempat anda pun boleh bgtau saya. Rata2 yang cuba mesti nak beli.

No comments:

Post a Comment